Tuesday, November 3, 2009

final exam!!!!




salam..final exam bg pelajar form 4 dh bermula semalam..tiada apa yg diharapkan oleh guru2 melainkan para pelajar dapat mengaplikasikan segala ilmu yg telah dipelajari dengan sebaik mungkin.dari hati seorg guru..bukanlah ganjaran gaji,bonus atau pangkat yg diharapkan..memadailah andai pelajar memperoleh keputusan yg cemerlang dalam peperiksaan..namun dewasa ini, ada segelintir masyarakat yg mengandaikan bhw guru hanya mementingkn gaji semata2 namun itu bukanlah hakikatnya...hanya guru yg memahami hati naluri seorg guru..cume guru2 tidak menafikan sekali sekala terbit rasa kecewa dan patah hati apabila pelajar sendiri tidak menghargai guru sendiri..guru bukanlah meminta ganjaran atau pemberian wang sbg tanda dihargai..memadailah dgn ucapan salam dan senyuman yg ikhlas terbit dari hati..guru tetap percaya, hubungan baik antara guru dan pelajar mempengaruhi pencapaian..bila ader keberkatan.di situ jua ade kejayaan..sama2lah muhasabah diri dan saling perbaiki kekurangan diri..bukan hanya pelajar,namun guru juga perlu berusaha memperbaiki diri agar kualiti diri semakin beerti...:)

0 comments:

Post a Comment